Pengiraan keping langsir
contoh:
lebar tingkap/pintu = 70''
panjang tingkap/pintu = 80''
bidang kain =60'
x sia-sia amik architecture leh jgk aku lukis ni.. | tp ni je la y bleh lukis.. |
FORMULA
Lebar tingkap@pintu
Bidang kain / 2
70 = 2.3 keping
60/2
p/s :- apabila terdapat perpuluhan perlu la jdkannya kpd angka. Jadi jumlah keping semua skali adalah 3 keping sbb kiraannya lebih daripada 2..paham x..kalo x paham tanye..
CARA KIRA UNTUK METER KAIN
FORMULA
keping x panjang + basi (7'')
1 meter (39")
3 x ( 80 + 7 ) = 6.6 meter
39
*sama mcm di atas bila lebih daripada 6 ia akan menjadi kepada 7 meter...jd untuk buat sekeping langsir untuk sebuah tingkap memerlukan 7 meter kain
lukis gambar la senang nak imagine.. |
CARA POTONG
Daripada 7m bahagi kepada 3 bahagian :-
potong kain mengikut gambar di atas... |
bila sudah di potong,korang akan dapat 3 bahagian..untuk memudahkan saya tandakan setiap bahagian kain A,B dan C *tambah 5'' pada basi kain sekiranya korang nak terus jahit tape pada kepingan kain |
alamak..x nampak plak tulisan gambar ni..A (1 keping) + B (1 keping)+ C (0.3 keping) = 2.3 keping |
FORMULA - Keping x Bidang kain
- 0.3 x 60
- 18''
* 18'' perlu dibahagi kepada 2 bahagian iaitu bersamaan 9'' untuk dijahit pada kepingan A
Potong kepingan C terlebih dahulu..
potong kain kepada 9'' |
jahit mengikut gambar di atas |
Apabila korang membuat pengiraan ini bukan sahaja menjimatkan kos serta kain tetapi juga langsir akan mendapat alunan lipatan yang cantik apabila sudah dipasang..selamat mencuba yer...nanti ada masa saya akan upload tutorial anak langsir plak..tunggu.....